ADAT RESAM KAUM INDIA

ADAT RESAM KAUM INDIA

                                                                

THAALI merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalung pada leher pengantin perempuan.
Sebelum Perkahwinan
Akan diadakan upacara Ikat Janji Atau Niccayam
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan maatruthal.
                               


               

                                                


Semasa Perkahwinan
Pengantin lelaki akan dijemput dahulu ke dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air mawar). Kemudian pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan   memakai sari    pertunangan   pada hari perkahwinan.
Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan upacara perkahwinan.



Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan dan seterusnya pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.
Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan  pengantin yang baru kahwin.
Selepas itu, pengantin lelaki  memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan manakala bagi pengantin lelekai, adik lelaki pengantin perempuan pula memakai cincin pada jari kaki pengantin lelaki.

Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin emas kedalamnya dan meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas, akan  menyarungkan pada jari tangan suami atau isterinya.




Selepas Perkahwinan
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan.
Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Mereka akan dihidangkan dengan secawan susu dan juga buah banana.
 Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki untuk meneruskan kehidupan baru yang bahagia.




KEMATIAN
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.
Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, dimana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh.
Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan.
Setelah dimandi dan dihias cantik ,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.
Saudara mara akan memberi penghormatan yang terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.
Ketika itu juga, ucapan tennadudaiya shivanea pottrhi disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh Tuhan.
Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.
Kollic catti.
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.
Periuk tersebut di angkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk.
Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu yang meninggal.
Seseorang yang membawa kollic catti akan mengiringi mayat.
 Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.
                                

UPACARA VALAIKAAPPU
Adat Valaikaappu  dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan.
Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud ‘perlindungan’. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing.
Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.


Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu.
Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, dan buah-buahan.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan dan didudukkan di ruang tamu.
Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara.

Para tetamu akan menyapu kunyit pada tangan dan pipi Ibu mengelilingkan beras di atas kepala sebanyak tiga kali. Akhirnya suami menyuapkan manisan ke dalam mulut isteri

4 comments: