Sunday 18 September 2016

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Tosai



Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

Idli


Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

Vadai



Vadai merupakan sejenis makanan tradisional kaum India. Terdapat dua jenis vadai iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai. Paruppu vadai diperbuat daripada kacang dal, hirisan cili hijau, daun kari, dan bawang merah. Ulunthu vadai pula diperbuat daripada tebung beras dan berbentuk roda dan berlubang di tengah. Ulunthu vadai biasanya dimakan sekali dengan chutney. Vadai perlu digoreng dengan minyak yang banyak.

Putumayam



Putu Mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan menggalakkan dari semua bangsa. Kini, ia turut dinikmati oleh semua kaum di Malaysia, Sri Lanka, dan Singapura sebagai snek yang biasanya dimakan ketika sarapan pagi. Putu Mayam yang diperbuat daripada adunan tepung beras ini enak dihidang bersama kelapa parut dan gula Melaka.
Murukku


Murukku adalah makanan tradisional kaum India. Murukku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat daripada tepung kacang tosai/  Urad dhal dan tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau yang pedas menggunakan serbuk cili. Murukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus. Murukku dibuat daripada acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran.  

Nasi daun pisang




Masyarakat India juga terkenal dengan hidangan yang dimakan di atas daun pisang yang dipercayai boleh membantu sistem penghadaman. Nasi yang dimakan beralaskan daun pisang ini akan dihidang bersama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadam. Biasanya ia hanya akan diletakkan kuah kari sahaja, dagingnya tidak dihidang bersama kerana nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India dan secara tradisionalnya, ia akan dimakan dengan menggunakan tangan. 

No comments:

Post a Comment