Sunday 18 September 2016

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Pattupavadai


Pattupavadai merupakan pakaian tradisional kaum India yang dipakai oleh budak perempuan. Pattupavadai sering dipakai oleh golongan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12 tahun. Pattupavadai boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak.

Pavadai Thavani

Pavadai thavani merupakan pakaian tradisional kaum India yang dipakai oleh kaum perempuan. Pavadai thavani sering dipakai oleh kaum perempuan yang berumur 13 hingga 18. Pavadai thavani juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak.

Saree



Sari  merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. 
Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.



Dhoti


Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

PERAYAAN KAUM INDIA

PERAYAAN  THAIPUSAM


Thaipusam merupakan perayaan agama yang paling popular dalam kalangan orang India.Perayaan ini merupakan suatu perayaan yang berpusatkan kuil-kuil Dewa Muruga atau Dewa Subramaniam. PerayaanThaipusam disambut pada malam hari bulan purnama, iaitu dalam bulan Thai.Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.
Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.

Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.

Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan.Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.



PERAYAAN DEEPAVALI

Hari Deepavali (Bahasa Tamilதீபாவளி) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka."Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

PERAYAAN THAIPONGGAL




Thaiponggol merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya, orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua bulan Januari.

Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol. Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.

Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.

Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya "vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.

                                               

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Tosai



Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

Idli


Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

Vadai



Vadai merupakan sejenis makanan tradisional kaum India. Terdapat dua jenis vadai iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai. Paruppu vadai diperbuat daripada kacang dal, hirisan cili hijau, daun kari, dan bawang merah. Ulunthu vadai pula diperbuat daripada tebung beras dan berbentuk roda dan berlubang di tengah. Ulunthu vadai biasanya dimakan sekali dengan chutney. Vadai perlu digoreng dengan minyak yang banyak.

Putumayam



Putu Mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan menggalakkan dari semua bangsa. Kini, ia turut dinikmati oleh semua kaum di Malaysia, Sri Lanka, dan Singapura sebagai snek yang biasanya dimakan ketika sarapan pagi. Putu Mayam yang diperbuat daripada adunan tepung beras ini enak dihidang bersama kelapa parut dan gula Melaka.
Murukku


Murukku adalah makanan tradisional kaum India. Murukku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat daripada tepung kacang tosai/  Urad dhal dan tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau yang pedas menggunakan serbuk cili. Murukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus. Murukku dibuat daripada acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran.  

Nasi daun pisang




Masyarakat India juga terkenal dengan hidangan yang dimakan di atas daun pisang yang dipercayai boleh membantu sistem penghadaman. Nasi yang dimakan beralaskan daun pisang ini akan dihidang bersama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadam. Biasanya ia hanya akan diletakkan kuah kari sahaja, dagingnya tidak dihidang bersama kerana nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India dan secara tradisionalnya, ia akan dimakan dengan menggunakan tangan. 

ADAT RESAM KAUM INDIA

                                                                

THAALI merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalung pada leher pengantin perempuan.
Sebelum Perkahwinan
Akan diadakan upacara Ikat Janji Atau Niccayam
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan maatruthal.
                               


               

                                                


Semasa Perkahwinan
Pengantin lelaki akan dijemput dahulu ke dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air mawar). Kemudian pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan   memakai sari    pertunangan   pada hari perkahwinan.
Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan upacara perkahwinan.



Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan dan seterusnya pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.
Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan  pengantin yang baru kahwin.
Selepas itu, pengantin lelaki  memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan manakala bagi pengantin lelekai, adik lelaki pengantin perempuan pula memakai cincin pada jari kaki pengantin lelaki.

Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin emas kedalamnya dan meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas, akan  menyarungkan pada jari tangan suami atau isterinya.




Selepas Perkahwinan
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan.
Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Mereka akan dihidangkan dengan secawan susu dan juga buah banana.
 Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki untuk meneruskan kehidupan baru yang bahagia.




KEMATIAN
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.
Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, dimana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh.
Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan.
Setelah dimandi dan dihias cantik ,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.
Saudara mara akan memberi penghormatan yang terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.
Ketika itu juga, ucapan tennadudaiya shivanea pottrhi disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh Tuhan.
Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.
Kollic catti.
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.
Periuk tersebut di angkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk.
Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu yang meninggal.
Seseorang yang membawa kollic catti akan mengiringi mayat.
 Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.
                                

UPACARA VALAIKAAPPU
Adat Valaikaappu  dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan.
Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud ‘perlindungan’. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing.
Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil.


Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu.
Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, dan buah-buahan.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan dan didudukkan di ruang tamu.
Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara.

Para tetamu akan menyapu kunyit pada tangan dan pipi Ibu mengelilingkan beras di atas kepala sebanyak tiga kali. Akhirnya suami menyuapkan manisan ke dalam mulut isteri