Wednesday, 28 September 2016
Sunday, 18 September 2016
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Pattupavadai
Pattupavadai
merupakan pakaian tradisional kaum India yang dipakai oleh budak perempuan.
Pattupavadai sering dipakai oleh golongan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 12
tahun. Pattupavadai boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak.
Pavadai
Thavani
Pavadai
thavani merupakan pakaian tradisional kaum India yang dipakai oleh kaum
perempuan. Pavadai thavani sering dipakai oleh kaum perempuan yang berumur 13
hingga 18. Pavadai thavani juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak.
Saree
Sari
merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan
turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang
berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga
lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan
lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri.
Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya
tidak terurai.
Dari
segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti
merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai
pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang
lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak
haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka
memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan
menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna
biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.
Dhoti
Dhoti merupakan
pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna
putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Dhoti
diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di
bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada
bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan
menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini
banyak dipakai oleh golongan ceti.
PERAYAAN KAUM INDIA
PERAYAAN
THAIPUSAM
Thaipusam
merupakan perayaan agama yang paling popular dalam kalangan orang
India.Perayaan ini merupakan suatu perayaan yang berpusatkan kuil-kuil Dewa
Muruga atau Dewa Subramaniam. PerayaanThaipusam disambut pada malam hari bulan
purnama, iaitu dalam bulan Thai.Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam
adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan
kesalahan yang lepas.
Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama
Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh
sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa
mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka
akan berpuasa sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya
akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci
bagi masyarakat Hindu di sini.
Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan
membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati
perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan
Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah
kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan
segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau
bertaubat kepada Dewa Subramaniam.
Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga,
mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi,
dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri.
Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa
'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang
dimainkan.Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak
tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi
dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa
kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan
restu.
PERAYAAN DEEPAVALI
Hari Deepavali (Bahasa Tamil: தீபாவளி) merupakan perayaan yang
disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan
hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan
perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan
"Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November)
dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan
selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan.
Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari
kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan
hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan
menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.Pelita yang dipasang dalam
barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan
kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan
Deepavali.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan
menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas
upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan
mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan
"kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang
biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan
"kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa
Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai
hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka."Kolam"
merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah
dilarang mengikutnya.
PERAYAAN THAIPONGGAL
Thaiponggol
merupakan perayaan menuai yang diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan
hari perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender Hindu, hari Thaiponggol
disambut berbeza dengan tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya,
orang-orang Tamil akan meraikan perayaan menuai Thaiponggol pada minggu kedua
bulan Januari.
Pada subuh pagi Thaiponggol, para petani akan
bangun dan memasak bijiran yang baru dituai yang dikenali sebagai Ponggol.
Masakan Ponggol ini merupakan masakan hasil tuaian baru yang akan
dipersembahkan kepada matahari pada waktu pagi.
Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi memuliakan
Dewa Matahari yang penting kepada semua tanaman. Upacara penyembahan juga
diadakan di kuil secara besar-besaran, dan di rumah secara kecil-kecilan.
Bagi perayaan di rumah, seluruh keluarga akan
bangun awal dan mandi dan berpakaian cantik sebelum subuh. Semua ini dilakukan
tanpa menggunakan cahaya. Apabila semua ahli keluarga telah bersedia, mereka
berkumpul mengelilingi gubahan buah dan bunga. Hanya ketika itu lampu akan di
gunakan. Gambaran kecantikan alam semulajadi mesti merupakan gambaran pertama
dilihat pada waktu pagi. Pada pagi hari, makanan pagi dari tumbuhan sepenuhnya
"vegetarian" akan dihidangkan kepada semua ahli keluarga.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Tosai
Tosai ini mempunyai banyak
nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai
ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur,
tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan
oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana
gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional
ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai
amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
Tosai dimakan dengan
pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar
india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi
dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
Idli
Idli juga berasal dari
India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Ia
dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering
dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya
ialah vigna mungo dan nasi.
Vadai
Vadai merupakan sejenis makanan tradisional kaum India. Terdapat dua
jenis vadai iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai. Paruppu vadai diperbuat
daripada kacang dal, hirisan cili hijau, daun kari, dan bawang merah. Ulunthu
vadai pula diperbuat daripada tebung beras dan berbentuk roda dan berlubang di
tengah. Ulunthu vadai biasanya dimakan sekali dengan chutney. Vadai perlu
digoreng dengan minyak yang banyak.
Putumayam
Putu Mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat
sambutan menggalakkan dari semua bangsa. Kini, ia turut dinikmati oleh semua
kaum di Malaysia, Sri Lanka, dan Singapura sebagai snek yang biasanya dimakan
ketika sarapan pagi. Putu Mayam yang diperbuat daripada adunan tepung beras ini
enak dihidang bersama kelapa parut dan gula Melaka.
Murukku
Murukku adalah makanan tradisional kaum India. Murukku telah mengambil
tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah
makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku
diperbuat daripada tepung kacang tosai/
Urad dhal dan tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar
seperti yang asli atau yang pedas menggunakan serbuk cili. Murukku biasanya
berbentuk bulatan atau berbentuk halus. Murukku dibuat daripada acuan khas seperti
cara menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran.
Nasi daun pisang
Masyarakat India juga terkenal dengan hidangan yang dimakan di atas daun
pisang yang dipercayai boleh membantu sistem penghadaman. Nasi yang dimakan
beralaskan daun pisang ini akan dihidang bersama dengan aneka sayur-sayuran,
kari daging atau ikan, jeruk dan papadam. Biasanya ia hanya akan diletakkan
kuah kari sahaja, dagingnya tidak dihidang bersama kerana nasi daun pisang ini
merupakan makanan bagi vegetarian India dan secara tradisionalnya, ia akan
dimakan dengan menggunakan tangan.
ADAT RESAM KAUM INDIA
THAALI
merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalung pada leher pengantin
perempuan.
Sebelum
Perkahwinan
Akan diadakan upacara Ikat Janji Atau
Niccayam
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak
perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan
seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum
untuk diberikan kepada wakil perempuan.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan
melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin
perempuan.
Seterusnya perkahwinan tersebut akan
diumumkan kepada orang ramai.
Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin
akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan maatruthal.
Semasa Perkahwinan
Pengantin lelaki akan dijemput dahulu ke
dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air mawar). Kemudian pengantin
perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke pelamin untuk
menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan memakai sari pertunangan pada hari perkahwinan.
Sami meminta persetujuan ikhlas daripada
kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan upacara perkahwinan.
Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher
pengantin perempuan dan seterusnya pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada
dahi pengantin perempuan.
Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan pengantin yang baru kahwin.
Selepas itu, pengantin lelaki memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan
manakala bagi pengantin lelekai, adik lelaki pengantin perempuan pula memakai
cincin pada jari kaki pengantin lelaki.
Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi
susu dan memasukkan sebentuk cincin emas kedalamnya dan meminta pasangan
pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta untuk mendapatkannya. Pengantin
yang berjaya mendapat cincin emas, akan menyarungkan
pada jari tangan suami atau isterinya.
Selepas Perkahwinan
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh
masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan.
Antara adat tersebut ialah pengantin
perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami
selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Mereka akan dihidangkan
dengan secawan susu dan juga buah banana.
Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki
pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.
Pada masa itu ibu bapa mertua akan
menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke
rumah pengantin lelaki untuk meneruskan kehidupan baru yang bahagia.
KEMATIAN
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai
konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan
bangun selepas tidur.
Sarjana India juga menyatakan kematian
adalah perpisahan roh dan jasad, dimana jasad akan hancur, tetapi kembali ke
alam barzakh.
Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar
atau di kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan.
Setelah dimandi dan dihias cantik ,mayat
akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.
Saudara mara akan memberi penghormatan yang
terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.
Ketika itu juga, ucapan tennadudaiya
shivanea pottrhi disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut
telah direstui oleh Tuhan.
Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat
mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.
Kollic
catti.
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat
yang mengadungi api.
Periuk tersebut di angkat dengan
menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada
periuk.
Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si
mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah
meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu yang meninggal.
Seseorang yang membawa kollic catti akan
mengiringi mayat.
Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki
mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti
rambut yang baru tumbuh.
UPACARA
VALAIKAAPPU
Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita
hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan.
Wanita hamil tersebut akan dipakaikan
sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud
`kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud ‘perlindungan’. Gelang ini dipakai
bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa
bersalin.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara
ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas
mengikut kemampuan masing-masing.
Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas
tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan
dipakaikan pada hari pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada
wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang
mempunyai bilangan ganjil.
Hadiah ini termasuk barang kemas, sari,
gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan
cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang
tamu.
Berbagai makanan juga disediakan khas bagi
wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, dan buah-buahan.
Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan
sari perkahwinan dan didudukkan di ruang tamu.
Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku
dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara.
Para tetamu akan menyapu kunyit pada tangan
dan pipi Ibu mengelilingkan beras di atas kepala sebanyak tiga kali. Akhirnya suami
menyuapkan manisan ke dalam mulut isteri
Subscribe to:
Posts (Atom)